Aluminium Foil Memasak: Permukaan Berkilat Di Dalam Atau Luar?


Menurut Reynolds, antara pengeluar produk aluminium foil, semasa pembuatan, dua lapisan aluminium foil akan disatukan melalui penggelek pada masa yang sama .Sisi yang kemudiannya bersentuhan dengan penggelek akan menjadi berkilat, dan bahagian lain muncul dengan kemasan yang sedikit kusam. 

Tetapi adakah dua permukaan ini mempunyai perbezaan dalam fungsi mencerminkan haba yang berlaku dalam proses memasak? Menyedari ramai yang keliru dengan dua permukaan berlainan ini, beberapa ujian dijalankan.

Ujian pertama dengan memanggil tukang masak professional di dapur dan melihat bagaimana mereka menggunakan aluminium foil tersebut. Walaupun di dapur ujian, rata-rata tukang masak yang diuji lebih suka memasak dengan bahagian berkilat di dalam, namun begitu beberapa tukang masak professional lain juga mempunyai pendapat berlainan. 

Untuk menyelesaikan isu ini, sebuah lagi ujian dijalankan dengan memanggang makanan yang sama, kemudian dibalut dengan aluminium foil dengan keadaan berbeza. Satu sampel, permukaan berkilat diletakkan di sebelah dalam dan satu lagi sebelah berkilat di sebelah luar. 

Keputusannya, termometer probe yang diletakkan di pusat makanan mendedahkan bahawa kedua-dua mencapai suhu yang sama (dalam beberapa darjah) dalam jumlah yang sama. Untuk mengesahkan lagi penemuan itu, makanan yang di bakar dalam ketuhar tersebut menghasilkan rupa yang sama. Keduanya kelihatan segar, makanan juga mempunyai warna keemasan yang sama. 

Kesimpulannya: Sisi berkilat dan kusam aluminium foil melindungi dan mempunyai kadar balikan haba yang sama. Jadi tak kesah kalau sikiranya anda ingin menggunakan mana-mana permukaan sekalipun ketika membalut makanan anda untuk dibakar atau sebagainya.

*Kongsikan pada yang lain jika anda rasakan ia bermanfaat
Read more

Ketahui Petua & Cara Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian

Apabila baju kesayangan kita terdapat tahi lalat atau kulat, pasti kita akan merasa kecewa kerana kesan tersebut tidak dapat hilang. Puteri kongsikan petua yang dapat menghilangkan tahi lalat atau kulat ini pada pakaian anda.
Tahi lalat pada baju merupakan bintik-bintik kecil berwarna hitam, jika sudah terkena tahi lalat ini maka baju kita tetap akan kelihatan kotor walaupun sudah dicuci dengan bersih. Tahi lalat pada baju biasanya disebabkan oleh kulat yang tumbuh pada baju akibat tidak kering atau lembap.
Tahi lalat akan muncul jika kita peruk baju yang basah, ataupun ketika kita merendam baju dengan air yang sedikit, kemudian menunda-nunda untuk di bilas sampai beberapa hari maka kemungkinan besar baju anda akan muncul tahi lalat.

Petua Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian

1. Campurlah cuka kedalam setengah liter air.
2. Rendamlah pakaian anda yang memiliki tahi lalat tersebut kedalam air campuran cuka tadi. Rendam selama semalaman.
3. Keesokan harinya cucilah dengan sabun atau detergen seperti biasa.
4. Siapkan air hangat yang telah dicampur dengan perasan jeruk nipis.
5. Bilaslah pakaian anda tadi dengan air hangat campuran jeruk nipis.
6. Biarkan pakaian beberapa saat di dalam air hangat campuran jeruk nipis.
7. Kemudian cuci kembali menggunakan sabun atau detergen.
8. Bilaslah menggunakan air bersih.
9. Jika tahi lalatnya masih ada silahkan ulangi langkah no 5-8 berulang-ulang sampai semua tahi lalatnya hilang.
10. Kemudian jemurlah hingga kering.
P/S: Zat asam pada cuka dan jeruk nipis dipercaya dapat menghilangkan tahi lalat yang ada pada pakaian.
Agar kejadian di atas tidak terulang kembali, ada baiknya sobat baca tips mencegah tahi lalat muncul pada baju berikut ini.

Cara Mencegah Tahi Lalat Muncul Pada Baju

1. Jika sehabis melakukan aktiviti yang mengeluarkan banyak peluh sebaiknya rendam atau terus cuci baju anda, Jangan peruk baju tu ya..
2. Jika anda merendam baju, jangan menunda-nunda untuk membilasnya, apa lagi sampai berhari-hari.
3. Jika baju hari ini ingin dipakai kembali pada besok hari, sebaiknya jemur terlebih dahulu bajunya sebelum digantung pada gantungan baju.
Selamat mencuba ya.. Boleh lah pakai baju-baju yang bertahi lalat tue nanti.. :)
Read more

Kenapa Pemandu Bas Dan Lori Berhenti Makan Tepi Jalan Tetapi Tak Matikan Enjin


Mungkin ramai yang tertanya, jadi inilah antara faktanya yang dikongsikan Mat Kacau berdasarkan pengalaman sendiri Abang Zul kenapa lori,trailer atau bas jarang mematikan enjin kenderaan mereka.

Enjin diesel tidak akan panas walau berapa lama pun kita menjalankannya tanpa bergerak (idling) kecuali ada kebocoran tangki air ataupun minyak enjin tidak mencukupi.

Pernah lori yang dipandu tidak dimatikan enjinnya selama 2 minggu, kerana perjalanan tanpa henti pergi dan balik dari Kawasan Industri Kerteh, Terengganu ke Pelabuhan Klang.

Walaupun sewaktu berhenti samada untuk makan minum atau berehat mahupun tidur, abang lori ni tidak ragu-ragu untuk tidak mematikan enjin kerana berdasarkan pengalaman selama ini, enjin diesel (terutamanya jenis Turbo) amat sensitif jika enjinnya terlalu kerap dihidupkan dan dimatikan.

Malahan telah menjadi amalan pemandu lori selama ini, selepas enjin dihidupkan, pemandu lori akan menunggu sehingga tolok kepanasan (temperature gauge) mencapai tahap suhu bekerja (working temperature) baharulah abang mula bergerak. (kebiasaanya dalam lingkungan 80 darjah celcius).

Begitu juga sewaktu hendak mematikan enjin jenis turbo ini, memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit enjin melahu (idling) barulah dimatikan enjinnya.

Enjin lori ni cc dia besar, silinder banyak, compression tinggi. kombine semua diatas, tentu-tentu enjinnya sgt ketat/berat utk startup/cranking. Setelah tolakcampurkalibahagi, tidak bijak utk cranking start lebih dari sekali/hari. Enjin yang ketat/berat memendekkan hayat starter motor.

Sistem brake dan klac lori-lori besar menggunakan tekanan angin, jika enjin dimatikan..tekanan angin dlm tabung akan berkurang atau habis..sebab itu mereka jarang matikan enjin..perlukan masa yang lama utk kompressor isikan angin ke dalam tabung(bergantung jenis lori)..selagi tekanan angin tidak penuh dalam tabung tu, selagi tu lori tidak boleh bergerak, sistem brake dan klac tidak berfungsi.

kebanyakan lori-lori ni ber-engine diesel. Engine diesel memerlukan heat yang banyak untuk berfungsi dengan baik. Engine diesel yang selalu dimatikan engine (cool off) dan di hidupkan semula (panas) dalam masa yang singkat akan membuat engine �warp� atau bengkok..itu sebab lori tak matikan engine kecuali tidak di gunakan dalam jangka yg panjang (melebihi seminggu) sebab takut engine jadi bengkok.

Bukan sebab susah start.. tapi pasal lori2/bus guna brek angin. jadi bile engine running, presure angin maintain. Jika diorg stop engine, presure angin akan berkurangan, jadi kena tunggu presure naik baru boleh jalan (kena tunggu 1/2jam) baru ok. kalau tak bahaya sebab takde brek..

#Harap-harap anda faham la yek�
Read more

Ambil Pengajaran Dari Lelaki yang Berpendapatan 5 Angka Sebulan Tetapi Tidak Berduit

Berpendapatan 5 Angka Sebulan Pada Usia 23 Tahun Tetapi Tidak Berduit, Lelaki Ini Kongsi Tips Kewangan | Pasti anda pelik, bagaimana seorang yang bergaji 5 angka sebulan boleh tidak berduit.

Lelaki ini kongsikan puncanya dan diharap anda mengambil iktibar dari kisah hidupnya. Nukilan ini adalah hasil perkongsian Tuan Mohd Syafie melalui laman Facebook beliau.

Ambil Pengajaran Dari Lelaki yang Berpendapatan 5 Angka Sebulan Tetapi Tidak Berduit

Saya berpendapatan 5 angka sebulan pada usia 23 tahun tetapi tidak berduit. Dan ini 7 pengajaran Celik Kewangan yang boleh saya kongsikan.

Selepas menamatkan pengajian di Universiti, kerjaya saya bergerak dengan cepat ke atas tangga korporat. Pada usia 23 tahun saya ditawarkan untuk bekerja di Saudi Arabia dengan pendapatan 5 angka sebulan.

Saya bekerja di Bank Al-Jazira sebagai Eksekutif Aktuari dengan jawatan terakhir sebagai Penolong Pengurus. Hidup saya boleh dikatakan selesa di sana. Saya melakukan aktiviti menyelam setiap minggu dengan lengkap peralatan menyelam peribadi. Saya boleh melancong. Umrah hampir setiap minggu.

Pada masa itu saya merasakan saya ada banyak duit. Saya berbelanja besar. Ada lah menyimpan sedikit.

Setelah 3 tahun setengah bekerja di sana, saya dan isteri membuat keputusan untuk pulang ke tanah air kerana saya mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat yang baru mendapat lesen takaful sebagai Pegawai Aktuari juga.

Saya meminta cuti sebulan sebelum saya memulakan tugas. Sebulan itu saya habiskan dengan membeli rumah dengan simpanan sedikit yang saya bawa pulang dan bercuti dengan keluarga ke Luar negara.

Dalam masa sebulan itu, banyak perbincangan yang saya lakukan dengan ahli keluarga yang kemudian membawa kepada keputusan untuk tidak masuk bekerja tetapi menjadi usahawan.

Ramai yang menganggap saya gila pada masa itu. Siapa yang akan meninggalkan kerjaya dengan pengalaman kerja dan kelayakan yang saya telah perolehi?

Saya bermula dari bawah semula. Saya sangkakan berniaga ini mudah pada mulanya. Namun tanggapan saya salah. Dari pendapatan 5 angka sebulan, pendapatan saya pada peringkat permulaan semasa mengusahakan D'yana.com.my hampir sifar. Ia mencabar saya secara peribadi, profesional dan emosi.

Rumah yang baru dibeli tidak mampu ku hiasi dan isi dengan kelengkapan yang sepatutnya. Hampir setahun kami anak beranak tinggal di rumah yang hanya ada 1 katil dan almari. Tiada TV, tiada meja makan apatah lagi sofa.

Episod hidup itu benar-benar mengajar saya tentang Celik Kewangan.

Dan saya mahu kongsikan 7 pengajaran Celik Kewangan yang pada hemah saya sesuai untuk yang bekerja mahupun usahawan. Lagi-lagi dizaman gawat begini.

1. Perbanyakkan simpanan

Jika sekarang gaji anda RM 2000, anda tidak mampu menyimpan walau sedikit. Nescaya apabila gaji RM 5000 nanti sama juga. Macam sayalah, walau gaji 5 angka, tiada cukai etc tetapi tidak banyak yang saya simpan. Ia bukan disebabkan bertapa besar pendapatan kita untuk membolehkan kita menyimpan. Tetapi lebih kepada mentaliti kita, ilmu kewangan kita dan bertapa kita melayani kemahuan nafsu kita.

2. Buat belanjawan

Ala.... Yang ringkas ringkas pun jadila.... Tak kira la nak conteng atas kertas conteng ke atau nak guna applikasi di telefon. Objektifnya supaya jelas apa yang anda perolehi dan keluar setiap bulan.

3. Tahu NILAI anda

Aset (apa yang anda miliki) tolak liabiliti (hutangmu) bersamaan dengan nilai bersih . Dan nilai bersih anda tidak menyamai harga diri anda.

4. Berhati-hati dengan wang "PERCUMA"

Kad kredit BUKANLAH wang percuma. Gunakan mereka seperti yang anda mengunakan tunai, atau tidak menggunakannya sama sekali. Jika anda menggunakannya untuk pengganti sementara kemewahan hidup anda, anda tidak akan mempunyai kebebasan kewangan.

5. Jangan takut dengan perkataan "KEWANGAN"

Kewangan peribadi bukan sahaja tentang matematik, dan anda tidak perlu pandai matematik untuk mempelajarinya. Ringkaskan, pelajari yang asas-asas sahaja. Yang penting MULAkan. Tiada istilah terlambat untuk belajar.

Langkah pertama ialah ilmu. Anda tidak boleh perbaiki apa yang tidak anda ketahui. Pembelajaran celik kewangan merupakan satu pelaburan ilmu yang sangat bernilai.

6. Rancang masa depan kewangan anda

Perancangan untuk masa depan kewangan anda adalah lebih penting daripada merancang percutian, keramaian, dan lain-lain. Adakah anda menghabiskan masa yang cukup pada masa depan kewangan anda?

7. Mengajar keluarga anda mengenai wang

Celik kewangan adalah satu pengajaran hidup yang harus diturunkan kepada anak-anak anda. Belajar, berkongsi, dan seluruh keluarga anda akan menjadi lebih baik.

Jika anda rasa penulisan saya ini memberi kesedaran dan manfaat, haruslah di kongsikan bersama orang lain supaya lebih ramai yang mendapat manfaat.
Read more

Biarlah Kita Viral Di Langit -Pembantu Perubatan

Tulisan Pembantu Perubatan ini Buat Kami Menangis | Seringkali ada sahaja luahan tak puas hati dilontarkan terhadap mereka. Malah, ada yang sanggup memfitnah untuk menjatuhkan mereka.

Terbaharu, seorang pegawai perubatan atau Medical Assistant telah tampil dengan nukilan yang mampu mebuat anda semua tersentuh.

"Biarlah Kita Viral di Langit"

#?BIARLAH_KITA_VIRAL_DI_LANGIT

Kami sudah biasa tubuh badan kami disimbahi dengan pelbagai bendalir badan dan kotoran.

Darah, muntah, kencing, najis, ludah, air mentuban, nanah, kahak...namakan saja dan kami mmg sudah pernah bermandikan ini semua.

Sedikitpun kami tidak pernah merungut apabila kami dikotori dengan semua ini. Malah kadang kala kami tidak hiraukan dan terpaksa meneruskan rawatan terhadap pesakit demi menyelamatkan mereka sekalipun sedar risiko jangkitan kuman yang mungkin ada dalam bendalir tersebut.

Penat, mengantuk, lapar, dahaga malah keinginan untuk kencing dan berak akan kami tangguhkan sewaktu sesuatu rawatan resusitasi agresif bagi kes2 trauma mahupun kes medical yang tidak stabil.

Pernah staf saya pengsan ketika bertugas kerana terlalu penat. Betapa ramai jururawat saya yang keguguran ketika mengandung kerana beban kerja yang begitu berat dan stress.

Dan betapa ramai yg bercerai berai, putus tunang dan tidak berkahwin langsung akhirnya dek komitmen mereka yang terlalu tinggi untuk berkhidmat demi negara.

Ini berlaku dek pasangan mereka tidak tahan dan tidak sanggup berkahwin dgn orang yang mempunyai komitmen tinggi dalam perkhidmatan kritikal seperti kami.

Betapa acapkali kami meninggalkan ahli keluarga kami di hari perayaan dan kenduri kendara. Malah ketika anak2 kami sakit, kami tinggalkan mereka demi berkhidmat merawat orang asing yg kami tidak kenal dan berdoa biar Allah jaga anak2 kami ketika kami menjaga pesakit.

Opss! Saya terlupa. Semua di atas itu adalah cara hidup yang kami sendiri gatal pilih. Dan kami dibayar gaji oleh macai yg kononnya membayar cukai. Oleh itu menurut macai, kami tidak mempunyai hak untuk bersuara apabila diserang di media sosial.

Kami mesti akur dan buat penambahbaikan sungguhpun tuduhan adalah palsu dan tiada asas. (Inilah statement2 yang saya baca di wall KKM yang share status saya).

Semua pengorbanan di atas itu tidak boleh disebut kerana telah termasuk dalam pakej gaji. Ini termasuk pakej untuk diambil gambar curi dan diviralkan oleh macai di media sosial supaya dimaki hamun oleh netizen secara berjemaah.

Simbahilah kami dengan darah, muntah dan juga fitnah.

Bukan niat kami mengungkit semua ini tetapi apabila dengan hanya sekeping gambar staf kami yang berehat diviralkan seolah2 kami makan gaji buta, terpaksalah kami sebutkan supaya mereka yang rasional dapat melihat di luar kotak.

Kepada sahabat2 saya para petugas hospital, saya pernah nyatakan ini dan saya nyatakan sekali lagi, janganlah berduka dan kecewa dek tohmahan di media sosial.

Biarlah kita viral di langit dengan Allah dan para Malaikat memuji kita.

Nota: Gambar seperti ini tidak akan pernah viral. Ini adalah senario yang biasa bagi kami di zon merah/kritikal. Baju seorang Penolong Pegawai Perubatan (MA) kami yang disimbahi muntah darah seorang pesakit. Beliau meneruskan merawat pesakit dalam keadaan itu demi nyawa pesakit tersebut.
Geli, penat, takut diketepikan demi anda.

Oleh: Abdul Rahman Abdul Kadir | Gambar: Hans AdamAdam
Read more

Inilah Yang Terjadi Apabila Botol Plastik Kitar Semula Dikerjakan Oleh Seseorang Yang Sangat Kreatif






Kebanyakannya Buang Sahaja Botol Plastik Bila Tak Guna, Tapi Orang Yang Kreatif Buat Ni
Suka sangat tengok hasil kreatif dorang. Ada budak yang buat rocket untuk terbang gaya Iron Man. Itu paling cool. ahaha....








































Read more